Isnin, 2 Julai 2012

Dear Ex

Hai ! Apa khabar?korang sihat? saya harap korang sihat-sihat belaka disamping keluarga :).Panas betul cuaca sekarang betul tak,hujan pun jarang turun.Okay! Entri untuk kali ini khas untuk my "dear ex".Aku kenal dia menerusi laman sosial facebook,biasalah remaja sekarang.Apa yang kita buat,kita fikir,kita baca dan apa-apa lagi,semuanya berkaitan dengan laman sosial facebook jadi tak hairanlah jika ada orang mencari kawan,mencari jodoh atau mencari musuh.So back on the topic again,dia seorang yang peramah,selalu membuat aku tergelak sendiri depan handphone bila ber-texting dengannya,seorang yang bersikap sabar dan dia seorang caring.Aku masih ingat,time birthday aku ke-18 tahun pada 4/3/2012.Dia sudi menjadi girlfriend aku! Hati aku berkata "AKU SEDANG BERMIMPI KE?! *sambil tepuk muka sendiri haha*,alangkah indahnya waktu itu.Bila aku rindu dia,hati aku akan tergerak untuk stalk facebook dia dan tengok semua gambar dia.Setiap malam,aku akan baca conversation dia yang sebelum ini sampai mata aku terlelap sendiri.(OBSES SUNGGUH BUNYINYA).Tapikan,tak semua perkara itu indah,setiap perhubungan pasti ada perpisahan.Dulu aku pernah cuba untuk memulihkan keadaan tapi tak boleh.Lagipun aku tidak mahu memaksa dia untuk menerima aku kembali kalau rasa "sayang" itu tiada lagi.Aku lepaskan dia pergi,delete semua gambar,delete semua conversation dan semua tentang dia.*sob sob sob*.




 

Pesanan (Dear Ex):
Awak jangan lupa makan ubat,jaga kesihatan awak itu.Belajar baik-baik dan capai impian awak.Saya berharap awak dapat berjumpa dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik dari saya.Kalau saya ada buat silap atau terkasar bahasa sebelum ini,saya minta maaf banyak-banyak.Akhir sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah di hati ini,walaupun sementara tapi aku sangat hargai.Saya disini sentiasa mendoakan kesejahteraan awak disamping keluarga,walaupun kita tidak bersama lagi.

Selamat Beramal Semua
Sekian,Terima Kasih.
                                                                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan