Ahad, 8 Julai 2012

Citarasa

Hello!apa khabar semua,korang sihat?aku harap korang sihat-sihat belaka.Sedar tak sedar dah masuk bulan Julai sekarang ini,umur pun meningkat naik tatkala sibuk ber-facebook dan ber-twitter dengan meng-update status untuk meluahkan perasaan yang tak sudah.Okey!so entri untuk kali ini ialah"Citarasa".JENG JENG JENG "kasi background musik sikit".

Dialog Di Bawah..
Ali:Laptop kau jenama apa Abu?
Abu:Jenama laptop aku?eurmm,Compaq.Kenapa?
Ali:Compaq?!ala,body je yang berat itu.Tapi cepat rosak,kalau takda cooler.
Abu:Jenama laptop kau pula apa Ali?sibuk nak mengata laptop kita pulak.
Ali:Jenama laptop aku?of courselah Acer weh!Baru ada stail.
Abu:Acer?! apa barang Acer bro!sistem Acer mudah lari and mudah rosak bro!
Ali:Acer lagi best!
Abu:Mana ada! Compaq lagi best!
Ali:Acer!
Abu:Compaq!
Ali:Acer!
Abu:Compaq!

SEE:
Ali dan Abu berbalah soal "Citarasa" sebenarnya.Hal citarasa itu masing-masing yang empunya.Kita tidak boleh condem seseorang itu kalau dia tak suka tengok TV3 sebab banyak iklan celcom "gajah naik atas pokok" tapi suka tengok TV2 sebab banyak movie dan drama cina yang best-best pukul 6 petang.Pasal itu soal citarasa.Betul tak adik-adik!

Dan kita tak boleh buat macam ini.
Facebook "what in your mind".Post status yang berkata 
Ali:"Dear nasi goreng,saya tak suka makan kamu.Saya lebih suka makan nasi lemak,sekian terima kasih".(send) 
So apa yang kita dapat kalau kita buat macam itu?!
Tapi kebanyakkan berlaku seperti ini bila orang sedang membaca post itu.
Abu:"Dear nasi goreng,bla bla bla bla bla bla,sekian terima kasih".(tekan butang LIKE) See!nothing happen right!

Masing-masing ada citarasa.Kita tak boleh ubah citarasa seseorang itu hanya kerana citarasa dia berbeza dengan kita.Tak perlu compare-compare tentang hal citarasa ini.Kita just terima yang kita ini minat benda yang lain-lain.Okey guys!chill and relax!Selamat Beramal Semua!








                                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan