Rabu, 18 April 2012

Judgmental (berfikir sebelum bercakap)

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri. 

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan. 

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

 Itulah andaian orang yang selalu kita dengar.Saya sendiri kagum dan bangga dengan orang-orang kita yang menilai seseorang tanpa berlandaskan bukti yang kukuh.Perlukah kita berbuat demikian??rasanya tidak perlu.Kalau kita tidak tahu pasal dia mana boleh buat andaian sebarang.Ingatlah,semua manusia tiada yang sempurna.JAGA KATA,JAGA MINDA dan JAGA HATI.Cubit bahu aduh terasa haha! selamat beramal :)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan