Selasa, 17 Julai 2012

Pelajar Sekolah Dibenarkan Bawa Handphone Ke Sekolah?! WTF

Selamat pagi semua!panas terik di pagi hari,korang apa khabar?sihat tak?aku harap korang sihat-sihat belaka di samping keluarga.Entri untuk kali ini ialah berkaitan dengan "Pelajar sekolah dibenarkan bawa handphone ke sekolah".Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2013 akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk handphone dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.Mereka menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.Adakah semua itu  akan terkawal nanti?Saya rasa "Tidak",sebab banyak lagi kesan yang negatif berbanding kesan yang positive kepada pelajar itu sendiri,seriously.Alasan yang mereka bagi ialah,supaya ibu bapa dapat memantau setiap pergerakan anak-anak mereka dan pada masa yang sama membolehkan pelajar menghubungi keluarga jika berlaku sebarang kecemasan.Setiap kebaikan ada keburukan tapi macam mana jenis keburukannya.Keburukan yang pertama,hilang fokus semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebab asyik sibuk bertexting,bertweet,berfacebook,BBM,Whatsapp and etc dengan kawan-kawan.Kedua,Berkemungkinan besar akan berlaku banyak kes kecurian handphone di sekolah.Ketiga,Perompak akan mensasarkan pelajar sekolah sebagai mangsanya,itu sungguh bahaya.Banyak lagi keburukan yang tak boleh saya huraikan disini.Saya rasa korang sendiri pun boleh fikirkan.Mungkin ada juga orang luar berkata "Kita kena fikir positive sikit lah wehh!".Yaa,itu betul.Siapa yang nak fikir benda yang negatif,betul tak.Tapi benda yang negatif itu yang sering berlaku masa kini.Perpatah pun ada menyebut "sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya".So kita kena fikir baik-baik sebelum membuat satu keputusan.Okey guys!Sampai disini saja entri untuk kali ini.Selamat beramal semua!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan